Temanku

Thursday 29 March 2012

Menjalani hari2 seperti biase . Tido , tido , tido dalam class .
Dengan kesejukan air-cond , kemalapan , suram suram .
Disebabkan 5s la kiteowang tak blaja .
So skunk 5s it's over . 
Kembali berlajar , hampir 3 bulan kiteowang tak blajar .
Hope kali nie CikSha akan wat yang terbaek berbanding sem lepas
Yeahhhh ! CikSha bule .

Sunday 25 March 2012

Hah ! Betul ker ?

Pernah tengok gajah melompat ? Memang lah tak penah , gajah tak buleh melompat . ^^.
Madu tak pernah busuk .
Setiap lipstik mengandungi sisik ikan . Eeeuuk .
Bersin sambil tutup mata bule mnyebabkan kerosakkan otak . Bule ker bersin buka mata ?
Manusia tidak mampu menjilat hidung nya sendiri . ^^.
Babi dan Anjing binatang faveret manusia . ^^ . Apabila maki hamun .
Magnet dikenali sebagai besi berani kerana , ia berani menarik butir butir besi lain kearahnya . ^^.

Saturday 24 March 2012

Hyperhidrosis . ^^

Tapak tangan Cik Sha akan berpeluh tanpa sebab tak kira mase . Ia dikenali hyperhidrosis . Ini kerana pengeluaran peluh yang berlebihan . Susah jugak nak wat keje . Kene wat keje depan kipas bawu tak bape nk rase peluh nye . Setiap kali nak hilang peluh at tapak tangan CikSha kene basuh tangan dengan air . Hyperhidrosis boleh diklasifikasikan sebagai primer di mana ia sering bermula ketika seseorang remaja atau hampir remaja dan ia boleh berlaku kepada beberapa anggota keluarga kerana ia ada kaitan genetik (antara 30 peratus hingag 50 peratus anggota keluarga boleh terbabit)

1. Rawatan perubatan

Rawatan dengan menggunakan ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride sering digunakan untuk pesakit yang mengalami hiperhidosis pada bahagian ketiak.

Namun dalam sesetengah pesakit, konsentrasi yang lebih tinggi diperlukan dengan tempoh antara tiga hari ke lima hari diperlukan untuk mendapat kesan.

Ubat ini kadangkala boleh menyebabkan irritasi pada kulit. Ubat ini juga boleh digunakan untuk hiperhidrosis pada bahagian tangan dan tapak kaki. Suntikan botulinum toxin jenis A (BOTOX) juga digunakan untuk merawat masalah ini. Selepas disuntik pada kawasan terbabit, kesan pengurangan peluh dapat dilihat dan ia boleh bertahan hingga empat atau sembilan bulan bergantung kepada tempat suntikan. Pengunaan BOTOX untuk rawatan hiperhidrosis pada bahagian ketiak mendapat kelululusan FDA (US Food and Drug Administration)

Beberapa jenis ubat dari kumpulan anticolinergic seperti oxybutynin ( Ditropan) digunakan untuk merawat masalah ini dan kesannya adalah memberangsangkan.

Bagaimanapun, ada kesan sampingan yang boleh dialami pesakit yang mengambil ubat ini. Ini termasuk rasa mengantuk dan rasa kering pada mulut.

2. Rawatan Pembedahan.

Ada beberapa jenis teknik pembedahan yang digunakan untuk merawat masalah ini. Antaranya membabitkan pembuangan dan pemusnahan kelenjar peluh yang terbabit dengan cara liposction dan ada juga menggunakan laser. Namun teknik ini sesuai untuk masalah hiperhidrosis yang membabitkan bahagian ketiak saja.

Satu lagi teknik pembedahan yang sering dilakukan ialah teknik endoscopic thorasic syphatectomy (ETS). Teknik yang menggunakan cara laparoskopik atau pembedahan lubang kekunci ini membabitkan pemotongan/mengetik (clamping) saraf simpatetik pada bahagian dada.

Mengikut kajian yang dibuat, teknik ini memberikan kepuasan pesakit lebih dari 80 peratus dan ia sesuai untuk kanak kanak. Teknik ini juga boleh mengurangkan peluh dari tapak tangan pada 85 peratus hingga 95 peratus dari pesakit. Pembedahan ini boleh dilakukan oleh pakar bedah kardiothorasik atau pakar bedah laparoskopik.

Penyakit hiperhidrosis boleh membawa kesan fizikal kepada kulit seperti infeksi dan jangkitan kulat dan kulit melecet. Selain dari itu, ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang akibat dari perasaan malu dan tidak selesa kerana pengeluaran peluh yang banyak. Ada pesakit yang mempunyai masalah memegang barang-barang terutama yang dibuat dari kaca.

Kebanyakan dari mereka juga malu untuk berjabat tangan dan sering mengelak daripada melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan peluh seperti bersenam. Kesan basah pada baju di bawah ketiak juga sering memalukan dan kadangkala boleh menimbulkan bau yang tidak enak walaupun sudah memakai deodorant.

Di dalam kes yang teruk, baju terpaksa ditukar beberapa kali dalam masa sehari. Peluh yang banyak pada tapak kaki pula akan menimbulkan masalah terutama apabila memakai selipar getah kerana sering tercabut. Penyakit ini juga boleh menjejaskan karier seseorang terutama pada mereka yang sering berinteraksi dan berjabat tangan ataupun mereka menggunakan benda tajam seperti pisau.

Saya menasihatkan anda berjumpa pakar kulit terlebih dulu. Ini kerana mungkin ada ubat yang sesuai yang boleh digunakan sebelum anda melakukan pembedahan.